Saturday, 18 March 2017

PROSES PENCERNAAN

Asalamualaikum semua, pada hari ini saya akan berkongsi berkenaan pemecahan zat di setiap organ pencernaan.

Pada peringkat permulaan, setiap makanan kita akan melalui bahagian bahagian seperti berikut:
Image result for peringkat pencernaan

Pada peringkat permulaan makanan akan dihancurkan oleh gigi dan akan membentuk gumpalan  yang dipanggil sebagai BOLUS
Pada peringkat ini juga AIR LIUR didalam mulut kita mempunyai enzim yang dipanggil sebagai ENZIM AMILASE.  Enzime ini akan menukarkan kanji  kepada maltosa.
Image result for peringkat pencernaan kanji
 Seterusnya kita beralih ke bahagian ESOFAGUS di sini adalah di mana proses PERITALSIS berlaku.
Related image
Proses peritalsis juga akan berlaku sehingga ke bahagian akhir iaitu di bahagian usus besar.

Selepas melalui esofagus bolus akan jatuh ke dalam larutan JUS GASTRIK di dalam PERUT.
JUS GASTRIK adalah terdiri daripada ASID HIDROKLORIK , PROTEASE, KASEIN  dan MUKUS.

Asid hidroklorik mempunyai 3 kegunaan iaitu; 
  • menghentikan tindak balas enzim amilase
  • membunuh bakteria
  • membekalkan medium berasid untuk tindak balas perut
Protease digunakan bagi memecahkan PROTEIN kepada POLIPEPTIDA atau PEPTON.

Kasein adalah enzim yang menggumpalkan protein susu.

Mukus bertindak sebagai pelindung perut daripada terhakis.

Related image
Selepas habis dicerna, BOLUS  akan bertukar menjadi KIM.

Seterusnya adalah di bahagian DUODENUM. Deodenum adalah bahagian di mana 
saluran dari perut ke usus kecil.

DUODENUM  akan menggabungkan 2 enzim  dengan kim iaitu JUS PANKREAS dan                  JUS HEMPEDU.

Fungsi jus pankreas adalah;
  • membekalkan enzim amilase
  • membekalkan protease
  • memberikan LIPASE iaitu menukarkan dari LEMAK  kepada ASID LEMAK/ GLISEROL.

Fungsi jus hempedu adalah;
  • meneutralkan asid yang dihasilkan oleh perut.
  • mengemulsi lemak dan minyak menjadi titisan yang halus. Ini adalah untuk menambahkan luas permukaan untuk tindak balas enzim dalam jus pankreas.


Image result for duodenum diagram

Apabila kim sudah melepasi duodenum. Dia akan bergerak ke USUS KECIL.
Image result for usus kecil

Disini cuma ada dua enzim sahaja iaitu  ENZIM MALTASE  dan PROTEASE .
  • MALTASE akan menukar MALTOSA  kepada GLUKOSA.
  • PROTEASE akan mencerna POLIPEPTIDA kepada  ASID AMINO.
Di sini juga di mana semua zat akan diserap. Mereka akan diserap kedalam VILUS. Vilus terpilih kerana dia mempunyai struktur  di bawah:
Image result for vilus
Akhir sekali adalah di  USUS BESAR. Di sini segala air akan diserap. KIM akan berubah menjadi TINJA. Dan tinja akan disimpan sementara ke dalam REKTUM iaitu dibahagian akhir usus besar.

Image result for rektum
Itu saja dari saya pada kali ini. 
SEKIAN TERIMA KASIH.